BENGKEL PINTAR MICRO:BIT BERSAMA PELAJAR SK MATANG
Aktiviti terkini |6-7 November 2020Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Tengkawang
Tujuan:
• Pengenalan kepada micropengawal dan pengaturcaraan berasaskan micro:bit dalam modul RBT.
• Menghasilkan mini projek dengan menggunakan micro:bit yang boleh mengeluarkan cahaya bunyi dan juga pergerakkan.
• Menerapkan minda kreatif dalam reka bentuk produk yang mempunyai elemen sistem robotik.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Sesi pengenalan daripada staf Pusat Internet
• Pengenalan mengenai Micro:bit (Pengajaran 1-10)
• Membuat simulasi pada laman web makecode
• Memindahkan aturcara yang telah dibina kedalam micro:bit
• Menguji aturcara pada micro:bit
• Kuiz
• Majlis penutup
Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Pelajar sedikit sebanyak memahami tentang mricro:bit
• Membantu pelajar mempelajari modul baru RBT yang akan diterapkan di sekolah pada tahun hadapan.
• Menguji kecerdasan minda pelajar untuk berfikir diluar kotak tentang asas teknologi.
• Melatih pelajar luar bandar dengan kemahiran teknologi yang setaraf pada masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :