“PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN@PIK FASA 2 TAHUN 2022 – IMPLIKASI KEHAMILAN REMAJA”

Aktiviti terkini |10 Februari 2022

Tempat Aktiviti:
Google Meet

Tujuan:
• Memberi perkongsian berkenaan tentang menyebarluas pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial (PEKERTI) kepada kumpulan sasar khususnya remaja di komuniti bandar dan juga luar bandar.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program diadakan melalui talian online iaitu menggunakan aplikasi ‘Google Meet’.
• Antara pengisian program adalah seperti mempromosikan Aplikasi KafeTEEN supaya dapat digunakan oleh remaja. Selain itu, topik ‘Implikasi Kehamilan Remaja’ juga diketengahkan bagi memberi pendedahan akibat kehamilan luar nikah di kalangan remaja.
• Program ini melibatkan ahli Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg Tengkawang yang berusia di antara 13 hingga 23 tahun.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Peserta mendapat pendedahan secara langsung tentang pelancaran Aplikasi KafeTEEN dan implikasi kehamilan di kalangan remaja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :