SUKAN RAKYAT & MEMANAH

Aktiviti terkini |11 Februari 2023

Tempat Aktiviti:
Padang Bola Taman Hadhari Tok Randok

Ringkasan Aktiviti :
• Pada 11 Februari 2023 bertempat di Padang Bola Taman Hadhari Tok Randok telah diadakan program Sukan Rakyat & Memanah dengan kerjasama antara PEDi Hulu Terengganu (Digi), JPKK (RAKR Tok Randok, Kg. Tok Randok, Kg. Bukit Kolam) dan PKM Dun Ajil.
• Program bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari.
• Pelbagai aktiviti yang disediakan seperti tarik tali, lari dalam guni, baling tin dengan selipar, isi air dalam botol dan yang paling menarik adalah sukan memanah tradisional.
• Untuk booth PEDi, kami turut menyediakan indoor games yang bertemakan Klik Dengan Bijak (KDB).

Tujuan:
• Memupuk semangat perpaduan dan silaturahim antara penduduk kampung dan juga staf PEDi.
• Mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari
• Aktiviti: - Sukan rakyat
• Memanah
• Klik Dengan Bijak (KDB)

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Mewujudkan semangat kerjasama aktif antara JPKK dan PEDi.
• Jenama PEDi turut dapat diketengahkan di kalangan komuniti setempat.

Nama VIP :
• Encik Mohd Jefri Din Bin Salleh (Penghulu Mukim Penghulu Diman)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :