BSMM : PENDIDIKAN PALANG MERAH

Aktiviti terkini |21 & 22 Julai 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kg Tengkawang

Ringkasan Aktiviti :
• Pada 21 & 22 Julai 2023 (Jumaat & Sabtu), seramai 15 orang pelajar tahun 4,5 dan 6 dari SK Matang telah menyertai program BSMM 'Pendidikan Palang Merah' yang telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital - PEDi Kg Tengkawang.
• Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta tentang peranan Bulan Sabit Merah di Malaysia.
• Pusat Ekonomi Digital - PEDi Kg Tengkawang berperanan membekalkan kemudahan tempat dan internet yang stabil bagi memudahkan para pelajar mengikuti kelas secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Zoom Meeting.
• Program ini juga telah diselia oleh guru pengiring Cg Noor Ezdiani Zainal Abidin yang juga merupakan Setiausaha Kehormat Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Hulu Terengganu.

Tujuan:
• Membantu menyediakan kemudahan tempat dan internet yang stabil kepada peserta.
• Memberi pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan komputer dan aplikasi (Zoom Meeting) sebagai medium perhubungan masa kini.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pendaftaran peserta
• Taklimat peranan BSMM kepada komuniti yang diselia oleh Bulan Sabit Merah Malaysia.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Pelajar dapat didedahkan dengan aplikasi baharu.
• Jenama PEDi turut dapat diketengahkan di kalangan komuniti setempat.

Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :