PROGRAM CYBERTALK (ANTISCAM) ABM JENAGOR
Aktiviti terkini |11 Jun 2023Tempat Aktiviti:
ABM Jenagor
Ringkasan Aktiviti :
• Pada 11 Jun 2023 (Ahad), Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Hulu Terengganu telah menganjurkan Program Cybertalk (AntiScam) bertempat di ABM Jenagor.
• Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai jenayah scam dan cara-cara mengelakkannya.
• Hampir 150 orang pelajar ABM Jenagor telah menyertai program ini yang bermula pada jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.
• Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini adalah taklimat mengenai PEDi dan peranan PEDi sebagai pusat sehenti untuk aktiviti ekonomi digital luar bandar.
• Selain itu, ceramah antiscam juga telah diberikan oleh ketua kluster PEDi Hulu Terengganu dengan memberi tip-tip serta contoh jenayah scam yang berlaku di negara ini.
• Akhir sekali, pengagihan sim kad Digi kepada peserta dengan memberikan akses internet percuma selama sebulan.
Tujuan:
• Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan peserta mengenai jenayah scam dan cara-cara untuk mengatasi.
• Memperkasakan masyarakat luar bandar dengan ilmu pengetahuan digital dan mlindungi mereka daripada janayah scam.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program berlangsung bermula jam 10 pagi sehingga 1 tengah hari.
Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Pengetahuan mengenai kesedaran jenayah scam dapat ditingkatkan dikalangan komuniti setempat.
• Jenama PEDi turut dapat diketengahkan dikalangan komuniti.
Nama VIP :
• Tiada
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :