PROGRAM KOMUNITI BERSAMA PBSMM

Aktiviti terkini |11 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kg Tengkawang

Ringkasan Aktiviti :
• Pada 11 Mac 2023 (Sabtu) telah berlangsung ‘Program Komuniti Bersama PBSMM’ bersama dengan BSSM Hulu Terengganu dan penduduk Kampung Matang.
• Program ini telah melibatkan penduduk Kampung Matang yang terjejas dengan bencana banjir.
• Pihak Mydin dengan kerjasama PBSMM telah berbesar hati menyumbang keperluan makanan kepada para penduduk yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini.
• Lebih kurang 100 orang penduduk telah menerima bantuan tersebut.
• Program ini bermula pada jam 3.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Tujuan:
• Membantu menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang memerlukan.
• Mengeratkan lagi hubungan antara BSSM, PEDi dan komuniti setempat.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pengenalan PEDi
• Menyampaikan sumbangan kepada komuniti.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Meringankan beban mangsa yang terjejas.
• Jenama PEDi turut dapat diketengahkan di kalangan komuniti setempat.

Nama VIP :
• Tn Haji badrol Hisham B Zaki (Pengerusi BSMM Terengganu)
• Tn Haji Mohd Zulkafli B Jusoh (Timbalan Pengerusi BSMM Terengganu)
• En Mohamad Syahrizat (Setiausaha Agung BSMM Terengganu)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :