PROGRAM ‘JOM ISI BANTUAN I-FITRI’ BERSAMA JPKK DAN PEDI KG TENGKAWANG

Aktiviti terkini |25 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kg Tengkawang

Ringkasan Aktiviti :
• Pada 25 Mac 2023 (Sabtu) telah berlangsung Program ‘Jom Isi Bantuan I-Fitri’ Bersama JPKK dan PEDi Kg Tengkawang.
• Program ini telah melibatkan penduduk Kampung Tengkawang yang ingin mengisi bantuan I-Fitri yang telah dibuka pada 19 Mac 2023 yang lalu.
• Pihak PEDi telah menyediakan kemudahan tempat dan internet bagi memudahkan komuniti untuk mengisi borang secara atas talian.
• Pihak JPKK juga turut serta bagi mengurus dan memudahkan proses pengesahan permohonan.
• Lebih kurang 88 orang penduduk telah turut serta.
• Program bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang.

Tujuan:
• Membantu menyediakan kemudahan tempat dan internet kepada penduduk setempat.
• Membimbing penduduk yang kurang berkemahiran dalam menggunakan kemudahan jalur lebar.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pendaftaran penduduk yang menyertai.
• Mengisi borang bantuan I-Fitri.
• Proses pengesahan dan penghantaran borang I-Fitri.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Memudahkan komuniti untuk mengisi borang secara atas talian dengan adanya kemudahan jalur lebar yang stabil.
• Jenama PEDi turut dapat diketengahkan di kalangan komuniti setempat.

Nama VIP :


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :