BENGKEL HOMEMADE PENCUCI PAKAIAN

Aktiviti terkini |27 November 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kg Tengkawang

Ringkasan Aktiviti :
• Saban hari perniagaan sabun pencuci pakaian sangat berpotensi di Malaysia malah menjadi lambakan di kedai dan juga di platform e-dagang.
• PEDi berkesempatan untuk menjadi tenaga pengajar kepada para usahawan untuk menjana pendapatan sendiri dengan menjadi pengeluar sabun pencuci pakaian jenama mereka sendiri.
• Pada 27 November 2023, telah berlangsung Bengkel Homemade Pencuci Pakaian bertempat di PEDi Kg Tengkawang.
• Seramai 10 orang peserta telah berdaftar untuk mengikuti bengkel tersebut.
• Usahawan diajar cara-cara untuk memproses sabun sendiri dengan menggunakan bahan-bahan asas yang boleh didapati di platform e-dagang iaitu Shopee.
• Mereka amat berpuas hati kerana dapat berjimat jika dibandingkan dengan membeli sendiri pencuci pakaian di pasaraya ataupun kedai runcit.

Tujuan:
• Mendedahkan kepada peserta tentang cara-cara/formula untuk membuat sabun pencuci pakaian sendiri.
• Membantu usahawan untuk berniaga dalam industri pembuatan sabun homemade.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Taklimat pegawai PEDi mengenai PEDi.
• Proses pembuatan sabun pencuci pakaian.
• Pengenalan Shopee, setup akaun Shopee dan tambah produk.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Membantu menjana pendapatan penduduk luar bandar.
• Melatih usahawan dalam berjual beli melalui platform e-dagang (Shopee).

Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :