PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIAL (KOMPUTER) TEKNIK PENGGUNAAN GREEN SCREEN

Aktiviti terkini |7 Ogos 2023

Tempat Aktiviti:
Dewan Komuniti Felda Bukit Bading

Ringkasan Aktiviti :
• Pada 7 Ogos 2023 (Isnin), PEDi Hulu Terengganu (Kluster) telah dijemput untuk menjadi tenaga pengajar bagi program Pembangunan Sosial (Komputer) Teknik Penggunaan Green Screen anjuran KEMAS Hulu Terengganu yang bertempat di Dewan Komuniti Felda Bukit Bading.
• Green Screen atau paparan hijau adalah merupakan special effect yang digunakan untuk menggabungkan dua gambar atau video dengan cara menghilangkan latar belakang yang asal dan digantikan dengan latar belakang yang lain.
• Ia dapat membantu komuniti untuk mempelajari teknik-teknik yang betul dan berkesan.
• Seramai 41 orang peserta telah melibatkan diri dalam program ini dan sambutan amat menggalakkan.

Tujuan:
• Memberi pendedahan tentang ilmu fotografi.
• Membantu peserta tentang cara-cara penggunaan teknik green screen dengan betul dan berkesan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pengenalan peranan PEDi kepada komuniti.
• Bengkel Teknik Penggunaan Green Screen.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Memberi pendedahan dan kemahiran dalam bidang ICT.
• Membantu peserta untuk menghasilkan gambar lebih baik.
• Dapat mempromosikan nama PEDi kepada komuniti luar bandar.

Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :