TAKLIMAT KEUSAHAWANAN (DIGITALISASI PERNIAGAAN DENGAN SATU KLIK)

Aktiviti terkini |18 Ogos 2023

Tempat Aktiviti:
Kolej Vokasional Kuala Berang (Kvkb)

Ringkasan Aktiviti :
• Program Taklimat Keusahawanan (Digitalisasi Perniagaan Dengan Satu Klik) merupakan satu inisiatif daripada PEDi untuk mentransformasikan perniagaan kearah digitalisasi.
• Perkembangan teknologi sekarang membolehkan teknologi digital digunakan secara meluas termasuklah dalam pemasaran perniagaan.
• Pada 18 Ogos 2023, telah berlangsung satu taklimat keusahawanan yang diadakan di Kolej Vokasional Kuala Berang.
• Kali ini Rakan Digital PEDi mensasarkan pelajar kolej vokasional seramai 195 orang untuk dijadikan usahawan muda yang mampu berniaga secara online di platform e-dagang.
• Banyak perisian menarik antaranya pendaftaran akaun Shoppe dan cara-cara untuk memulakan perniagaan di e-dagang.

Tujuan:
• Membantu peserta memperluas dan mengembangkan lagi perniagaan mereka.
• Mempercepatkan penerapan e-dagang dalam kalangan usahawan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pendaftaran peserta
• Taklimat PEDi
• Taklimat Keusahawanan (Digitalisasi Perniagaan Dengan Satu Klik)

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Peserta dapat menggunakan peralatan digital dengan lebih efektif.
• Menarik minat peserta untuk menggunakan e-dagang.
• Jenama PEDi turut dapat diketengahkan di kalangan komuniti setempat.

Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :