PROGRAM PEMERIKSAAN MATA PERCUMA

Aktiviti terkini |30 September 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kg Tengkawang

Ringkasan Aktiviti :
• Pada 30 September 2023, telah berlangsung satu program Pemeriksaan Mata Percuma yang bertempat di PEDi Kg. Tengkawang.
• Program ini bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 3.00 petang.
• Pemeriksaan mata ini adalah percuma. Komuniti dapat mengesan penyakit, kecederaan dan gangguan berkaitan dengan mata iaitu apabila sebarang penyakit dikesan, pakar mata akan memberikan nasihat dan rawatan susulan yang perlu diambil.
• Aktiviti utama ialah pemeriksaan mata menggunakan mesin khas, pemeriksaan mata secara manual, pemeriksaan cermin mata sediada, perkhidmatan mencuci cermin mata, khidmat nasihat penjagaan mata dan sebagainya.

Tujuan:
• Memberi perkhidmatan pemeriksaan mata kepada penduduk setempat secara percuma
• Meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti tentang kepentingan kesihatan mata


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pemeriksaan mata dengan menggunakan mesin khas
• Pemeriksaan mata secara manual
• Khidmat nasihat kesihatan mata
• Penukaran cermin mata baru

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada komuniti tentang penjagaan mata yang betul.
• Memudahkan komuniti luar bandar untuk membuat pemeriksaan mata tanpa perlu ke bandar.
• Dapat mempromosikan nama PEDi kepada komuniti luar bandar.

Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :