PROGRAM CUTI SEKOLAH FUN DAYS

Aktiviti terkini |19 - 21 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Kg Tengkawang

Ringkasan Aktiviti :
• Pada 19-21 Februari 2024, PEDi Kg Tengkawang telah mengadakan "PROGRAM CUTI SEKOLAH FUN DAYS" yang memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan kepada 11 orang peserta dalam lingkungan umur 6 hingga 12 tahun.
• Antara aktiviti yang berlangsung adalah kelas PowerPoint, kelas menaip, e-learning, STEM (robotik arms), dan kelas kreatif membuat ais krim menggunakan garam dan ais.
• Program ini tidak hanya memberi penekanan kepada bidang teknologi maklumat tetapi juga memupuk pelbagai kemahiran kreatif dan pembelajaran praktikal.

Tujuan:
• Memberikan peluang kepada peserta untuk mengembangkan kemahiran literasi digital melalui aktiviti seperti kelas PowerPoint dan e-learning, memperkukuh daya guna teknologi dalam pembelajaran.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Peserta diajar untuk menggunakan PowerPoint, meningkatkan kemahiran literasi digital dan pembentangan.
• Aktiviti ini membawa peserta ke dunia sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik melalui pembinaan dan penggunaan robotik arms.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Memberikan alternatif pembelajaran berkaitan teknologi maklumat sepanjang cuti sekolah.
• Meningkatkan kemahiran sosial peserta melalui kerjasama dan komunikasi.
• Memberi peluang kepada komuniti untuk memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh PEDi.

Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :