PENDAFTARAN PADU
Aktiviti terkini |12 - 13 Januari 2024Tempat Aktiviti:
PEDi Kg Tengkawang
Ringkasan Aktiviti :
• Pada 12 - 13 Januari 2024, PEDi Kg Tengkawang telah telah bekerjasama dengan pihak Jabatan Perangkaan Negeri Terengganu membantu penduduk setempat melakukan pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) secara atas talian di PEDi Kg Tengkawang sendiri.
• Program ini bertujuan untuk memastikan bahawa komuniti sekitar tidak tercicir dalam menerima manfaat yang layak dari pihak kerajaan.
• Program berlangsung selama dua hari iaitu bermula pada jam 9 pagi sehingga jam 6 petang. Seramai 118 penduduk sekitar telah hadir dan Berjaya mendaftar PADU melalui program ini.
Tujuan:
• Meningkatkan kesedaran dan penyertaan penduduk setempat dalam PADU.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• 2 orang pegawai perangkaan telah turun padang membantu penduduk mengisi padu secara atas talian.
Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Meningkatkan capaian dan kesedaran komuniti terhadap PADU.
• Memudahkan proses pendaftaran PADU dengan bantuan pegawai perangkaan yang berpengalaman dalam mengisi PADU.
• Memberi peluang kepada komuniti untuk memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh PEDi.
Nama VIP :
• Suhaili Samsuddin & Hamidah Mohd Zakir (DOSM)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :