MEWARNA POSTER CYBERSAFE
Aktiviti terkini |15 Julai 2024Tempat Aktiviti:
SK Matang
Ringkasan Aktiviti :
• Pada 15 Julai 2024, NADI Kg Tengkawang dengan kerjasama Kluster Hulu Terengganu telah mengadakan aktiviti mewarna poster bertemakan keselamatan dalam talian di SK Matang.
• Aktiviti ini telah berlangsung selama satu jam bermula dari pukul 10 pagi sehingga 11 pagi.
• Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan keselamatan siber dan cara melindungi diri mereka dalam talian melalui aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif.
Tujuan:
• Meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan keselamatan siber melalui visualisasi yang menarik.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Penerangan ringkas tentang keselamatan siber kepada murid sebelum aktiviti mewarna dimulakan.
• Menyediakan bahan mewarna seperti poster & pensel warna.
• Mewarna poster dengan tema keselamatan dalam talian (Cybersafe).
Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan keselamatan siber dan cara melindungi diri mereka dalam talian.
• Mempelajari konsep-konsep keselamatan siber dengan cara yang lebih menyeronokkan dan mudah difahami melalui medium visual dan kreativiti.
• Mendorong penyertaan aktif dan interaksi antara murid, sekaligus mengukuhkan kemahiran sosial
Nama VIP :
• Tiada
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :