IDME: PENDAFTARAN PELAJAR TAHUN 1

Aktiviti terkini |11 Jun 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Kg Tengkawang

Ringkasan Aktiviti :
• Pada 11 Jun 2024, NADI Kg Tengkawang telah mengadakan kelas IDME: Pendaftaran Tahun 1 yang berlangsung dari pukul 10 pagi sehingga 11 pagi.
• Kelas ini bertujuan untuk membimbing peserta dalam proses pendaftaran persekolahan tahun 1.
• Aktiviti ini meliputi cara mengakses laman web pendaftaran, mengisi borang elektronik, serta menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan.
• Kelas ini juga bertujuan untuk memastikan semua ibu bapa, tanpa mengira tahap kemahiran teknologi, dapat mendaftarkan anak mereka dengan lancar dan tepat waktu.

Tujuan:
• Kelas ini membimbing para ibu bapa yang kurang mahir dalam penggunaan internet dan komputer untuk mendaftar persekolahan tahun 1

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Mengakses laman web pendaftaran sekolah
• Mengisi borang pendaftaran elektronik
• Memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan
• Menyemak dan mengesahkan maklumat yang dimasukkan

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Membantu ibu bapa yang kurang mahir dalam penggunaan internet dan komputer untuk meningkatkan kemahiran asas mereka dalam teknologi.
• Memberikan panduan yang jelas dan terperinci kepada ibu bapa untuk memastikan proses pendaftaran persekolahan tahun 1 berjalan lancar dan tanpa kesilapan.
• Memberi peluang kepada komuniti untuk memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh NADI.

Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :