Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Tengkawang adalah sebuah kampung yang terletak di mukim berasal daripada pokok kayu “Tengkawang”. Ia merupakan satu pokok yang sangat besar pada masa itu. Oleh itu, penduduk setempat bersepakat untuk menamakan kawasan ini sebagai Kampung Tengkawang. Kampung ini terletak di antara Kampung Padang Setar dan Kampung Kepah.

Konsep susun atur Kampung Tengkawang adalah secara sejajar dan kampung ini mempunyai tiga kampung rangkaian iaitu Kampung Tengkawang, Kampung Tengkawang Lubuk dan Bukit Bahagia. Kampung Tengkawang merupakan kampung yang dibuka secara tradisi turun temurun dari nenek moyang. Terdapat sebanyak 201 pintu rumah di dalam Kampung Tengkawang.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


HARI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 14 Disember 2018

Hari Bersama Komuniti cukup penting kerana bagi memperkenalkan dan mempromosikan perkhidmatan pusat internet kepada komuniti setempat dengan mendekatkan diri dengan masyarakat. Antara aktiviti yang diadakan adalah permainan atas talian, Klik Dengan Bijak, program usahawan dan pertandingan masakan...baca selanjutnya

BENGKEL KEUSAHWANAN BERSAMA AHLINA BAKERY

Aktiviti Terkini | 16 November 2018

Program ini dijalankan bagi memberi tunjuk ajar kepada komuniti tentang bagai mana hendak memulakan perniagaan berkaitan dengan bakeri dan cara membuat dekorasi kek atas kreativiti komuniti itu sendiri. Program ini jugak dapat memberikan pendedahan kepada komuniti bagaimana untuk membuat sesuatu kek itu dengan betul dan mengikut bajet kita sendiri dengan modal yang tidak besar....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM KOMUNITI & ROADSHOW VIVO Y53 + FREE SIMPACK DIGI

Aktiviti Terkini | 13 Oktober 2018

Program Roadshow ini bertujuan menjual phone vivo melalui promosi harga rendah & percuma pakej internet yang berbaloi selain melakukan pelbagai aktiviti/program sekeluarga dapat mengeratkan hubungan antara penduduk/komuniti...baca selanjutnya

LARIAN KOMUNITI PENDUDUK KG TENGKAWANG

Aktiviti Terkini | 29 September 2018

Pendukuk Kampung Tengkawang menjalankan aktiviti sihat ini bersempena Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September 2018. Berikutan daripada itu, aktiviti ini dapat mwujudkan semangat patriotik dalam diri....baca selanjutnya

BENGKEL KEUSAHAWAN BERSAMA MARY KAY

Aktiviti Terkini | 24 Ogos 2018

Bengkel ini bertujuan untuk memperkenalkan ilmu keusahawanan kepada komuniti setempat....baca selanjutnya

i-Raya X Pi Kg Tengkawang

Aktiviti Terkini | 13 Julai 2018

Aktiviti yang dijalankan menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif terutama kanak-kanak dan remaja....baca selanjutnya

PESONA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 09 Jun 2018

Aktiviti ini bertujuan untuk mempelajari teknik solekan dan komuniti dapat belajar tentang ilmu keusahawan....baca selanjutnya

BENGKEL KESIHATAN DAN KECANTIKAN

Aktiviti Terkini | 27 April 2018

Komuniti setempat dapat pendedahan mengenai kesihatan menlalui bengkel yang dianjurkan oleh PI1M ini. Selain itu, komuniti dapat mempelajari teknik solekan dan dapat belajar tentang ilmu keusahawan....baca selanjutnya

BENGKEL FILMORA

Aktiviti Terkini | 11 Mac 2018

Bengkel ini memberi pendedahan kepada guru dan mereka dapat mempelajari teknik pengeditan video serta mengajak guru untuk datang mengadakan program bersama pelajar di Pi1M...baca selanjutnya

HARI USAHAWANITA TENGKAWANG

Aktiviti Terkini | 22 Februari 2018

Program ini dapat menggalakkan wanita surirumah untuk berbisnes dan mempromosikan fungsi pusat internet sebagai lokasi mencari maklumat...baca selanjutnya

MINI KARNIVAL USAHAWAN DESA PI1M HULU TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2018

Seramai 32 usahawan mengikuti program ini, program yang dijalankan adalah membuka booth jualan oleh usahawan PI1M Daerah Hulu Terengganu, selain itu juga terdapat program prtandingan mewarna kanak-kanak dan juga fashion show oleh bridal tempatan....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti