Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung Tengkawang adalah sebuah kampung yang terletak di mukim berasal daripada pokok kayu “Tengkawang”. Ia merupakan satu pokok yang sangat besar pada masa itu. Oleh itu, penduduk setempat bersepakat untuk menamakan kawasan ini sebagai Kampung Tengkawang. Kampung ini terletak di antara Kampung Padang Setar dan Kampung Kepah.
Konsep susun atur Kampung Tengkawang adalah secara sejajar dan kampung ini mempunyai tiga kampung rangkaian iaitu Kampung Tengkawang, Kampung Tengkawang Lubuk dan Bukit Bahagia. Kampung Tengkawang merupakan kampung yang dibuka secara tradisi turun temurun dari nenek moyang. Terdapat sebanyak 201 pintu rumah di dalam Kampung Tengkawang.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024KELAS ASAS PHONEGRAPY & CAPCUT VIDEO EDITING
Aktiviti Terkini | 10 Disember 2022Pada 10 Disember 2022 telah diadakan Kelas Asas Phonegraphy dan Capcut Video Editing bertempat di PEDi Kg. Tengkawang. Kelas ini telah dikendalikan oleh tenaga pengajar daripada staf PEDi dengan objektif yang sangat murni iaitu untuk membantu usahawan di dalam meningkatkan kemahiran mereka dalam video editing serta mempelajari applikasi perisian Capcut bagi menarik minat pembeli ketika mempromosikan produk masing-masing di media sosial...baca selanjutnya
PROGRAM HARI BERSAMA KOMUNITI
Aktiviti Terkini | 17 November 2022Program Hari Bersama Komuniti telah diadakan pada 17 November 2022 bertempat PEDi Kuala Kejir. Program ini merupakan acara yang julung kali diadakan bagi meraikan komuniti setempat bersama pihak kakitangan PEDi itu sendiri. Pelbagai aktiviti telah dibuat seperti acara ‘Klik Dengan Bijak’(KDB), KAHOOT, MyCyber Genius serta acara sukaneka. Program ini bertujuan untuk mengetengahkan lagi nama PEDi dikalangan komuniti dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara kakitangan PEDi dan penduduk setempat....baca selanjutnya
PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL)
Aktiviti Terkini | 8 Oktober 2022Program Latihan Kebakaran (Fire Drill) telah diadakan pada 8 Oktober 2022 bertempat Bangunan Bomba Sukarela Felda Bukit Bading. Program ini merupakan anjuran PEDi Felda Bukit Bading dengan Kerjasama PEDI Kluster Hulu Terengganu. Program ini memberi pendedahan kepada kakitangan PEDi Kluster Hulu Terengganu akan kepentingan keselamatan kebakaran di tempat kerja. Pihak Bomba Sukarela Felda Bukit Bading juga memberi peluang secara langsung kepada para peserta untuk merasai sendiri cara menangani peralatan berkaitan dengan kebakaran....baca selanjutnya
PROGRAM BANTUAN I-BELIA KG TENGKAWANG
Aktiviti Terkini | 4 & 5 Oktober 2022Program Bantuan i-Belia Negeri Terengganu bagi Kampung Tengkawang telah diadakan pada 4 & 5 Oktober 2022 bertempat PEDi Kg Tengkawang. Program ini merupakan kerjasama MPKK Kampung Tengkawang yang melibatkan belia Kampung Tengkawang berpendapatan kurang dari RM1500. Pihak PEDi Kg Tengkawang berperanan membantu menyediakan kemudahan internet dan komputer bagi tujuan pendaftaran bantuan...baca selanjutnya
PROGRAM PENGUMPULAN BAHAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) DARI ISI RUMAH NEGERI TERENGGANU
Aktiviti Terkini | 3 September 2022Program pengumpulan bahan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) dari isi rumah negeri terengganu telah diadakan pada 3 September 2022 bertempat PEDi Bukit Diman. Program ini melibatkan 5 buah PEDi Hulu Terengganu. Program ini bertujuan menggalakkan penduduk untuk membudayakan sifat kitar semula barangan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) secara betul. Tambahan lagi, program ini juga dapat memudahkan penduduk sekitar untuk mengumpulkan barangan yang terlibat di tempat yang telah disediakan....baca selanjutnya
PROGRAM PEDI HULU MERDEKA
Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2022Program PEDi Hulu Terengganu diadakan pada 27 Ogos 2022 bertempat PEDi Kuala Berang. Program ini melibatkan 11 buah PEDi Hulu Terengganu. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan jenama PEDi kepada masyarakat setempat. Tambahan lagi, program ini juga dapat mengeratkan silaturahim di antara PEDi dan komuniti setempat. Selain daripda memupuk semangat patriotik dikalangan masyarakat. Antara pengisian program adalah sebahagian aktiviti diadakan secara atas talian terlebih dahulu sebelum diteruskan secara fizikal pada 27 Ogos 2022. Acara cabutan bertuah juga turut dijalankan bagi memberi semangat kepada komuniti untuk menyertai....baca selanjutnya
PROGRAM KUIZ PENDIDIKAN PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH & UNDANG-UNDANG KEMANUSIAN ANTARABANGSA (UUKA) & BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) SEKOLAH RENDAH (UNIT JUNIOR) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2022
Aktiviti Terkini | 16 Julai 2022Program kuiz pendidikan Palang Merah/Bulan Sabit Merah & undang-undang kemanusian antarabangsa (UUKA) & Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) sekolah rendah (unit junior) peringkat negeri Terengganu tahun 2022 telah diadakan pada 16 Julai 2022 bertempat PEDi Kg Tengkawang. Program ini bertujuan untuk menguji tahap kefahaman ahli mengenai undang-undang kemanusian antarabangsa (UUKA). Antara pengisian program adalah para ahli dikehendaki untuk menjawab kuiz secara atas talian yang berlangsung selama satu jam. Acara cabutan bertuah juga turut dijalankan bagi memberi semangat kepada ahli yang menyertai....baca selanjutnya
PROGRAM PEMERKASAAN PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDI) NEGERI TERENGGANU 2022
Aktiviti Terkini | 13 & 14 Jun 2022Program Pemerkasaan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Negeri Terengganu 2022 telah diadakan pada 13hb Jun 2022 (Isnin) sehingga 14hb Jun 2022 (Selasa) bertempat di Dewan Binjai, Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai hala tuju dan pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh MCMC dan pelbagai agensi di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Negeri Terengganu. Antara pengisian majlis termasuklah taklimat transformasi & hala tuju pedi 2022, inisiatif memperkasa usahawan bagi memacu ekonomi digital, penyelarasan pelaporan KPI dan banyak lagi....baca selanjutnya
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KG. TENGKAWANG
Aktiviti Terkini | 13 Mei 2022Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kg. Tengkawang telah diadakan pada 13 Mei 2022 bertempat di Pusat pemindahan Banjir Kg. Tengkawang. Majlis ini bertujuan meraikan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama penduduk sekitar Kg. Tengkawang di bulan Syawal. Antara pengisian majlis termasuklah gotong royong memasak juadah serta jamuan bagi dihidangkan kepada penduduk setempat. Majlis bermula pada jam 12 tengah hari dan tamat pada pukul 3 petang....baca selanjutnya
“MAJLIS IFTAR BERSAMA MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA, YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA TPR. ANNUAR HAJI MUSA”
Aktiviti Terkini | 9 April 2022Majlis iftar bersama Menteri Komunikasi Dan Multimedia Yb Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr. Annuar Haji Musa telah berlangsung di Hotel Raia pada 9 April 2022. Majlis ini bertujuan meraikan kakitangan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Terengganu sempena bulan Ramadan. Selain itu, majlis ini juga juga sempat menyentuh berkenaan dengan aplikasi JENDELA. Antara yang pihak terlibat termasuklah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) Terengganu, Creative Century Management SDN. BHD. Wakil Ketua Pemuda & Wanita UMNO, pelajar-pelajar Tahfiz serta wakil media...baca selanjutnya
“TEMU DUGA RAKAN DIGITAL PEDI KG. TENGKAWANG”
Aktiviti Terkini | 7 Mac 2022Jawatan ‘Rakan Digital’ ditubuhkan selaras dengan Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK). Rakan Digital bertujuan membimbing dan memberi latihan secara kreatif dalam mempelbagaikan alternatif dan kaedah bimbingan komuniti. Sesi temu duga ini melibatkan tujuh orang calon yang berkelayakan yang diadakan secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet...baca selanjutnya
“PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN@PIK FASA 2 TAHUN 2022 – IMPLIKASI KEHAMILAN REMAJA”
Aktiviti Terkini | 10 Februari 2022Program Advokasi KafeTEEN@PIK 2021-2022 adalah inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui jaringan kolaborasi strategik antara Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Kursus ini melibatkan ahli PEDi Kg. Tengkawang yang berusia sekitar 13 hingga 23 tahun. Pengisian ini diadakan menggunakan aplikasi ‘Google Meet’ yang diadakan di PEDi Kg. tengkawang. Program ini memberi perkongsian berkenaan tentang menyebaruas pendidikan kesihatan reproduktif dan social (PEKERTI)....baca selanjutnya
“PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN@PIK FASA 2 TAHUN 2022”
Aktiviti Terkini | 23 Januari 2022Program Advokasi KafeTEEN@PIK 2021-2022 adalah inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui jaringan kolaborasi strategik antara Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Kursus ini melibatkan ahli PEDi Kg. Tengkawang yang berusia sekitar 13 hingga 23 tahun. Pengisian ini diadakan menggunakan aplikasi ‘Google Meet’ yang diadakan di PEDi Kg. tengkawang. Program ini memberi perkongsian berkenaan tentang menyebarluas Pendidikan kesihatan reproduktif dan social (PEKERTI)....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya