Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Tengkawang adalah sebuah kampung yang terletak di mukim berasal daripada pokok kayu “Tengkawang”. Ia merupakan satu pokok yang sangat besar pada masa itu. Oleh itu, penduduk setempat bersepakat untuk menamakan kawasan ini sebagai Kampung Tengkawang. Kampung ini terletak di antara Kampung Padang Setar dan Kampung Kepah.

Konsep susun atur Kampung Tengkawang adalah secara sejajar dan kampung ini mempunyai tiga kampung rangkaian iaitu Kampung Tengkawang, Kampung Tengkawang Lubuk dan Bukit Bahagia. Kampung Tengkawang merupakan kampung yang dibuka secara tradisi turun temurun dari nenek moyang. Terdapat sebanyak 201 pintu rumah di dalam Kampung Tengkawang.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


“TAKLIMAT SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PRIHATIN”

Aktiviti Terkini | 13 Disember 2021

Kursus ini melibatkan usahawan kumpulan B40 & pelajar IPT sepenuh masa yang berminat untuk mendaftar melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP). Pengisian ini diadakan menggunakan aplikasi ‘Microsoft Team’. Program ini memberi perkongsian berkenaan tentang Panduan Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP). Program ini melibatkan rakan digital PEDi serta usahawan di bawah Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg Tengkawang....baca selanjutnya

“KURSUS LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN”

Aktiviti Terkini | 12 & 20 November 2021

Kursus ini melibatkan kesemua Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) kluster Hulu Terengganu. Pengisian ini diadakan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) masing-masing menggunakan aplikasi ‘Zoom Meeting’. Program ini memberi perkongsian berkenaan tentang Latihan pengendalian makanan kepada usahawan. Program ini melibatkan ahli-ahli Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg Tengkawang....baca selanjutnya

“SCAM: ELAK JADI MANGSA”

Aktiviti Terkini | 8 Oktober 2021

Pengisian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kg Tengkawang. Siaran langsung ini diadakan di Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kg Tengkawang dengan gabungan PIK Kuala Kejir, PIK Bukit Diman dan PIK Kuala Berang. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian berkenaan tentang modus operandi dan tips mengelakkan diri daripada di SCAM. Program ini melibatkan ahli-ahli Pusat Internet Komuniti Kg Tengkawang & pengikut –pengikut Facebook Page PIK Kg Tengkawang....baca selanjutnya

“SEMBANG SANTAI BERSAMA SETIAUSAHA KEHORMAT PBSM HULU TERENGGANU, CG. NOOR EZDIANI ZAINAL ABIDIN”

Aktiviti Terkini | 11 September 2021

Pengisian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kg Tengkawang. Siaran langsung ini diadakan di Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kg Tengkawang. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian berkenaan tentang sejarah dan sumbangan yang dibuat oleh Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Hulu Terengganu. Program ini melibatkan ahli-ahli Pusat Internet Komuniti Kg Tengkawang & pengikut –pengikut Facebook Page PIK Kg Tengkawang....baca selanjutnya

FB LIVE (BICARA SANTAI BERSAMA USAHAWAN, YUNN RAHIM)

Aktiviti Terkini | 14 Ogos 2021

Pada tanggal 14 Ogos 2021, satu sesi FB Live telah diadakan yang menggabungkan tiga PIK Hulu Terengganu iaitu PIK Kampung Tengkawang, PIK Kuala Kejir dan PIK Bukit Diman. Sesi FB Live kali ini lebih santai dengan merangkumi topik-topik menarik kisah kejayaan usahawan di bawah seliaan PIK Kampung Tengkawang iaitu Nurul Majdiah binti Rahim....baca selanjutnya

FB LIVE (TIPS SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS TEMUDUGA)

Aktiviti Terkini | 7 Julai 2021

Pada 7 Julai 2021, satu sesi FB Live telah diadakan yang menggabungkan tiga PIK Hulu Terengganu iaitu PIK Kampung Tengkawang, PIK Kuala Kejir dan PIK Bukit Diman. Sesi FB Live kali ini bertajuk TIPS SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS TEMUDUGA. Ianya bertujuan membantu calon-calon yang sedang menunggu panggilan temu duga, tidak kira dari sektor kerajaan mahupun swasta. Sesi FB Live kali ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian sebelum, semasa dan selepas temu duga. Bahagian SEBELUM temuduga merangkumi topik seperti mendapatkan maklumat mengenai majikan/panel temuduga, berlatih menjawab soalan, fahami huraian pekerjaan, guna kaedah STAR dalam menjawab soalan dan akhir sekali sediakan soalan yang sesuai kepada pihak penemuduga. Bagi bahagian kedua iaitu SEMASA temuduga, tips yang diketengahkan adalah sampai awal di tempat temu duga, bawa resume dan dokumen berkenaan, tanggapan pertama yang hebat, jaga diri sendiri dan bersikap positif, kaitan jawapan dengan kemahiran dan pencapaian anda, pastikan jawapan yang ringkas dan jangan bercakap perkara negatif tentang majikan terdahulu. Topik terakhir akhir iaitu SELEPAS temuduga menekankan tentang tindakan yang perlu dilakukan oleh calon. Misalnya, bertanya tentang langkah seterusnya kepada panel temu duga dan menghantar emel terima kasih secara peribadi....baca selanjutnya

FB LIVE (CHECK YOUR LABEL & MOBILE E-WASTE)

Aktiviti Terkini | 25 Jun 2021

Pada 25 Jun 2021, satu sesi FB Live telah diadakan yang menggabungkan tiga PIK Hulu Terengganu iaitu PIK Kampung Tengkawang, PIK Kuala Berang dan PIK Tok Randok. Sesi FB Live kali ini bertajuk Check Your Label & Mobile e-Waste. Check Your Label (CYL) adalah kempen untuk mewujudkan kesedaran dikalangan pengguna tentang pentingnya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai Label MCMC yang sah. Kempen ini juga bertujuan mendidik pengguna mengenai kaedah untuk menyemak kesahihan Label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan. Manakala Mobile e-Waste merupakan salah satu program untuk pelupusan e-sisa dan kitar semula secara mesra alam bagi peranti yang tamat jangka hayatnya. Untuk tajuk kali ini juga, kami menekankan tentang kesedaran orang ramai dalam pentingnya Check Your Label (CYL) dan juga perlaksanaan Mobile e-Waste. Ini kerana kebanyakan pengguna ramai yang tidak tahu wujudnya program seperti ini di luar sana. Kami juga membuat penerengan mengenai risiko-risiko yang bakal mereka hadapi jika isu ini tidak dapat dibanteras. Kedua-dua program ini adalah inisiatif daripada MCMC untuk mengelakkan penggunaan peranti yang tiada kesahihannya dan juga kesedaran terhadap kesan buruk pada kesihatan mahupun persekitaran akibat pelupusan peranti mudah alih secara tidak berhemah....baca selanjutnya

NATIONAL YOUTH ONLINE GATHERING (ANYTIME, ANYWHERE: MALAYSIAN RED CRESCENT)

Aktiviti Terkini | 8 Mei 2021

Malaysian Red Crescent (MRC) atau dikenali sebagai Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) merupakan satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963. Kini PBSM merupakan salah satu persatuan wajib yang terdapat di sekolah tidak kira menengah mahupun rendah. Pada 8 Mei 2021 telah diadakan satu program National Youth Online Gathering secara online atau atas talian yang bertajuk Anytime, Anywhere: Malaysian Red Crescent yang melibatkan pelajar SK Matang tahun 4 dan 5. Seramai 10 orang pelajar telah hadir ke PIK dan mereka mengamalkan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak PIK. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi penerangan tentang apa itu Persatuan Bulan Sabit Merah dan peranan mereka. Program ini merupakan program kebangsaan dan ia melibatkan semua ahli PBSM yang ada diseluruh Malaysia. Kira-kira 700 peserta telah melibatkan diri dengan menggunakan aplikasi Zoom Meeting. Di sini juga mereka mempelajari ilmu pertolongan cemas yang membolehkan pelajar untuk menolong diri sendiri dan juga orang lain. Setiap sesi diakhiri dengan aktiviti dan juga kuiz untuk menceriakan lagi program tersebut. Program ini mendapat sembutan baik daripada para pelajar yang hadir ...baca selanjutnya

MAJLIS PELANCARAN PRIHATIN DELIVERY CENTRE (PDC) & PENUBUHAN KELAS IQRAQ (BRAILLE)

Aktiviti Terkini | 11 April 2021

Pada 11 April 2021, YB Dato’ Haji Rosol Bin Wahid selaku Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah merasmikan Majlis Pelancaran Prihatin Delivery Centre (PDC) dan Penubuhan Kelas Iqraq (Braille) di dua tempat iaitu Perkarangan Pejabat Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu dan Pusat Internet Komuniti (PIK) Kuala Berang. Prihatin Delivery (PDC) bermaksud ‘one-stop center’ di mana ‘riders’ Food Panda boleh beristirehat di tempat yang disediakan setelah seharian bekerja di jalan raya...baca selanjutnya

LAWATAN RASMI PENGERUSI SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA KE PUSAT INTERNET KOMUNITI KG TENGKAWANG

Aktiviti Terkini | 6 Mac 2021

Pada 6 Mac 2021, pengerusi MCMC iaitu YBrs. Dr. Fadhullah Suhaimi Abdul Malek telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Internet Komuniti (PIK) Kampung Tengkawang, Hulu Terengganu, Terengganu. Pusat Internet Komuniti (PIK) berperanan membantu usahawan kecil terutamanya di luar bandar untuk menambah pendapatan dan memperluaskan pasaran produk mereka. Melalui PIK, usahawan boleh memasarkan produk mereka secara dalam talian melalui latihan yang dilaksanakan di Pusat Internet Komuniti....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PIK KG TENGKAWANG DAN PIK TELAGA DAING (PENGURUSAN RISIKO DALAM TALIAN)

Aktiviti Terkini | 20 Februari 2021

Klik Dengan Bijak (KDB) adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet....baca selanjutnya

PROGRAM JOM TUISYEN @ SPM MATEMATIK (APLIKASI ZOOM)

Aktiviti Terkini | 29 Januari 2021

Di dalam era digital revolusi terkini, bidang pendidikan tidak ketinggalan dalam mengalami transformasi secara digital...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti