Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Tengkawang adalah sebuah kampung yang terletak di mukim berasal daripada pokok kayu “Tengkawang”. Ia merupakan satu pokok yang sangat besar pada masa itu. Oleh itu, penduduk setempat bersepakat untuk menamakan kawasan ini sebagai Kampung Tengkawang. Kampung ini terletak di antara Kampung Padang Setar dan Kampung Kepah.

Konsep susun atur Kampung Tengkawang adalah secara sejajar dan kampung ini mempunyai tiga kampung rangkaian iaitu Kampung Tengkawang, Kampung Tengkawang Lubuk dan Bukit Bahagia. Kampung Tengkawang merupakan kampung yang dibuka secara tradisi turun temurun dari nenek moyang. Terdapat sebanyak 201 pintu rumah di dalam Kampung Tengkawang.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


GOTONG-ROYONG PIK KG. TENGKAWANG

Aktiviti Terkini | 5 Disember 2020

Pada 5 Disember 2020 telah diadakan program gotong-royong PIK dengan kerjasama penduduk sekitar PIK...baca selanjutnya

BENGKEL PINTAR MICRO:BIT BERSAMA PELAJAR SK MATANG

Aktiviti Terkini | 6-7 November 2020

Bengkel ini bertujuan untuk melatih pelajar dalam mengendalikan modul baru RBT iaitu Micro:bit...baca selanjutnya

TAKLIMAT PERANCANGAN KEWANGAN & PENGURUSAN HARTA PUSAKA BERSAMA PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

Aktiviti Terkini | 16 Oktober 2020

Program ini bertujuan untuk memberi penerangan tentang perancangan kewangan yang berhemah serta kepentingan Hibah Takaful....baca selanjutnya

PROGRAM JEJAK PAHLAWAN (BERAKIT MENELUSURI SUNGAI TERENGGANU)

Aktiviti Terkini | 16 September 2020

Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotik dikalangan peserta....baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PI KG TENGKAWANG 2020

Aktiviti Terkini |15 Ogos 2020

Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotik dikalangan peserta....baca selanjutnya

BENGKEL ASAS FOTOGRAFI & ONLINE MARKETING BERSAMA EMPOWER ECER HULU TERENGGANU

Aktiviti Terkini |25 Julai 2020

Pendedahan berkaitan asas fotografi dan pemasaran online secara berkesan....baca selanjutnya

PROGRAM GOTONG-ROYONG MASJID KG. TENGKAWANG

Aktiviti Terkini | 11 JUN 2020

Membersih kawasan persekitaran bagi memastikan jemaah dapat menunaikan solat dalam keadaan bersih dan selamat....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020.....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK KUALA JENDERIS

Aktiviti Terkini | 12 MAC 2020

Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)....baca selanjutnya

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN DOA KESYUKURAN

Aktiviti Terkini | 28 February 2020

Menggalakkan Orang kampung untuk kekal berkunjung ke Pusat Internet....baca selanjutnya

KURSUS DIGITAL MARKETING BERSAMA USAHAWAN TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 21 - 22 Januari 2020

Satu program bersama usahawan tempatan yang mana memberi banyak input pemasaran terutama dalam platform digital....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti