Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Tengkawang adalah sebuah kampung yang terletak di mukim berasal daripada pokok kayu “Tengkawang”. Ia merupakan satu pokok yang sangat besar pada masa itu. Oleh itu, penduduk setempat bersepakat untuk menamakan kawasan ini sebagai Kampung Tengkawang. Kampung ini terletak di antara Kampung Padang Setar dan Kampung Kepah.

Konsep susun atur Kampung Tengkawang adalah secara sejajar dan kampung ini mempunyai tiga kampung rangkaian iaitu Kampung Tengkawang, Kampung Tengkawang Lubuk dan Bukit Bahagia. Kampung Tengkawang merupakan kampung yang dibuka secara tradisi turun temurun dari nenek moyang. Terdapat sebanyak 201 pintu rumah di dalam Kampung Tengkawang.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


HARI BERSAMA KWSP

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2019

Satu program bersama komuniti Kg Tengkawang dan penduduk sekitar bersama dengan KWSP Mobile yang mana memudahkan urusan komuniti untuk membuat urusan berkaitan dengan KWSP....baca selanjutnya

ENGLISH TUTOR PROGRAM

Aktiviti Terkini | 16, 22 & 23 November 2019

Program pengisian musim cuti sekolah telah dianjurkan usahasama oleh Pusat Internet Kg Tengkawang yang telah melibatkan pelbagai jenis aktiviti termasuklah tutor program. Tutor program telah terbahagi kepada beberapa jenis subjek bagi setiap minggu dan telah mendapatkan sambutan yang menghangatkan....baca selanjutnya

HARI TERBUKA BERSAMA PERSATUAN ANAK WARISAN TENGKAWANG (PESAWAT)

Aktiviti Terkini | 12 Oktober 2019

Program tahunan yang dijalankan oleh PESAWAT bagi meraikan ahli PESAWAT, membentangkan gerak kerja PESAWAT, menjalankan aktiviti dan jamuan bersama penduduk kampung....baca selanjutnya

JEJAK PEJUANG BERAKIT MENYELUSURI SG TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 16 September 2019

Program memperingati Hari Malaysia dengan mengadakan satu program untuk komuniti tempatan. Pusat internet tidak ketinggalan untuk menyertai bersama-sama wakil Kampung Tengkawang...baca selanjutnya

SEMARAK KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 30 Ogos 2019

Program memperingati Hari Kemerdekaan dengan mengadakan aktiviti yang membangkitkan semangat patriotism dalam kalangan kanak-kanak....baca selanjutnya

PROGRAM SUMBANGAN AMAL TABUNG BENCANA MANGSA KEBAKARAN

Aktiviti Terkini | 19 Julai 2019

Program ini dapat meringankan beban mangsa kebakaran dan memberikan sokongan moral kepada mereka...baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 28 Jun 2019

Jamuan ini bertujuan untuk meraikan ahli-ahli Pusat Internet yang aktif disamping menyediakan aktiviti-aktiviti ICT dengan penduduk kampung....baca selanjutnya

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PDK HULU TERENGGANU>

Aktiviti Terkini | 29 Mei 2019

Majlis berbuka puasa bersama anak-anak istimewa PDK Hulu Terengganu ini diadakan di Batu Buruk Beach Resort....baca selanjutnya

WOMEN’S DAY (WE ARE POWER)

Aktiviti Terkini | 13 April 2019

Program kesedaran tentang bahaya kosmetik terlarang dan Hi Tea bersama warga Kuala Berang serta menghimpunkan usahawan-usahawan Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK TENGKU AMPUAN INTAN

Aktiviti Terkini | 06 Mac 2019

Program ini berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan yang dihadiri seramai 513 orang pelajar. Mereka didedahkan tentang keselamatan dalam penggunaan internet, keprihatinan terhadap pengguna lain dan cara membanteras jenayah siber yang kini kerap menjadi isu terhangat di media sosial. Pelbagai aktiviti menarik turut sediakan seperti Balang Beracun di mana pelajar perlu mengeluarkan satu soalan dalam balang tersebut dan menjawab soalan tersebut. Jawapan yang betul dikira sebagai pemenang. Majlis ini berlangsung selama dua jam pada sebelah petang dan diakhiri dengan penyampaian hadiah....baca selanjutnya

PROGRAM CELIK SIHAT BERSAMA PUSAT INTERNET

Aktiviti Terkini | 16 Februari 2019

Program kesihatan untuk komuniti kampung ini diadakan secara Percuma. Pemeriksaan mata dijalankan untuk komuniti kampung sekitar...baca selanjutnya

Program Train The Trainer Advokasi Pengurus Pusat Internet

Aktiviti Terkini | 17 Januari 2019

Program ini merupakan suatu bentuk latihan yang dijalankan untuk menyampaikan modul-modul terbaru advokasi kepada semua petugas pusat internet di bawah kluster Hulu Terengganu...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti