Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung Tengkawang adalah sebuah kampung yang terletak di mukim berasal daripada pokok kayu “Tengkawang”. Ia merupakan satu pokok yang sangat besar pada masa itu. Oleh itu, penduduk setempat bersepakat untuk menamakan kawasan ini sebagai Kampung Tengkawang. Kampung ini terletak di antara Kampung Padang Setar dan Kampung Kepah.
Konsep susun atur Kampung Tengkawang adalah secara sejajar dan kampung ini mempunyai tiga kampung rangkaian iaitu Kampung Tengkawang, Kampung Tengkawang Lubuk dan Bukit Bahagia. Kampung Tengkawang merupakan kampung yang dibuka secara tradisi turun temurun dari nenek moyang. Terdapat sebanyak 201 pintu rumah di dalam Kampung Tengkawang.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021LAWATAN RASMI PENGERUSI SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA KE PUSAT INTERNET KOMUNITI KG TENGKAWANG
Aktiviti Terkini | 6 Mac 2021
Pada 6 Mac 2021, pengerusi MCMC iaitu YBrs. Dr. Fadhullah Suhaimi Abdul Malek telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Internet Komuniti (PIK) Kampung Tengkawang, Hulu Terengganu, Terengganu. Pusat Internet Komuniti (PIK) berperanan membantu usahawan kecil terutamanya di luar bandar untuk menambah pendapatan dan memperluaskan pasaran produk mereka. Melalui PIK, usahawan boleh memasarkan produk mereka secara dalam talian melalui latihan yang dilaksanakan di Pusat Internet Komuniti....baca selanjutnya
KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PIK KG TENGKAWANG DAN PIK TELAGA DAING (PENGURUSAN RISIKO DALAM TALIAN)
Aktiviti Terkini | 20 Februari 2021Klik Dengan Bijak (KDB) adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet....baca selanjutnya
PROGRAM JOM TUISYEN @ SPM MATEMATIK (APLIKASI ZOOM)
Aktiviti Terkini | 29 Januari 2021Di dalam era digital revolusi terkini, bidang pendidikan tidak ketinggalan dalam mengalami transformasi secara digital...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya